0019-ADZAB MELENGAHKAN SHALAT


Pertanyaan :

Apakah sama adzab meninggalkan shalat dengan adzab melengahkan shalat yang dilaksanakan pada akhir waktunya?

Jawaban :
Alhamdulillah. Kami akan mencoba menjawab pertanyaanan ini berdasarkan kemampuan yang ada.
Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua padangan ulama’ :

a. Ada ulama’ yang mengatakan tidak menjadi kufur secara mutlak, akan tetapi telah melakukan dosa besar, selama-mana dia masih menganggap solat itu wajib.
Dasar Pengambilan:
هذا وقد اختلف الفقهاء فيمن ترك الصلاة كسلا, وهو معترف بوجوبها. فقال الحنابلة: هو كافر. وقال الجمهور: هو فاسق. كتاب الفقه الواضح . جز 1. ص 149.

b. Ada dikalangan ulama’ yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر. رواه أحمد

“Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur” [Hadith riwayat Imam Ahmad].

Didalam bab melengahkan solat, perkara utama yang dibincangkan ulama adalah mereka yang melakukan solat diluar waktu solat tersebut. Ulama sepakat bahawa adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’ [al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah,10/8]. Setiap solat itu ditetapkan pada waktu-waktunya, firman Allah swt :-

. إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. ” [al-Nisa’ : 103]

Sebab-sebab yang dibenarkan syara’ termasuklah seseorang iru melakukan jama’ takhir dengan kebenaran yang dibenarkan oleh syara’ dan akibat tertidur atau terlupa. Melenggahkan solat sehingga habis waktu solat tersebut juga boleh dikategorikan sebagai sengaja meninggalkan solat sebagai hukum diatas tadi. Wallahu ‘Alam bisshowab.
Ditulis: Abdul malik an_Namiri
4 Rabiul tsani 1431.H

Iklan
Pos ini dipublikasikan di Shalat dan tag , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s